Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kambing Bakar – Marvellous Catering
Marvellous Catering menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan, continental dan western. Tempahan Katering untuk Majlis Perayaan, Seminar, Hari Lahir, Pakej Perkahwinan, Majlis Akikah, Meeting, & Cofee House. Antara perkhidmatan lain, turut menyediakan “Kambing Bakar Marvelous“, Garden BBQ set, Stall Party, Cooked Food dan Delivery.
Hidangan Istimewa Kambing Bakar
Hidangan ”Kambing Bakar Marvellous” adalah menu yang paling popular dan istimewa di Marvellous Catering menggunakan kambing muda yang diimport sepenuhnya dari Australia dan New Zealand yang 100% Halal. Disembelih mengikut hukum syarak dan disahkan oleh organisasi halal di Australia dan New Zealand yang diiktiraf iFANCA dan JAKIM.
Hidangan istimewa yang menyelerakan ini akan dipanggang di premis anda dengan teknik tradisional (menggunakan ARANG KAYU BAKAU) selama 3 – 4 jam bagi menjamin rasa dan tekstur daging kambing sebelum dipotong secara profesional dihadapan tetamu.
Setiap 1 (satu) ekor kambing sesuai untuk dinikmati seramai 50 – 60 lebih tetamu. Hidangan istimewa ini disaji dengan Sos Pudina, Sos Lada Hitam, Roti Bawang Putih ala British dan Coleslaw serta hidangan sampingan (Permintaan khas) seperti Garden Salad dan Potato Salad.
Sijil Halal
Perbezaan antara Kambing Muda Australia dan New Zealand
Rasa dan tekstur daging:
Australia
Agak berminyak, komposisi tulang yang agak besar. Tekstur daging agak kasar kerana diberi makan dedak yang diproses. Dan dipelihara dalam kandang tertutup.
New Zealand
Daging lebih lembut, kurang berminyak. Komposisi tulang lebih kecil. Dipelihara secara lepas bebas diladang dikawasan perbukitan wellington New Zealand. Diberi makan Rumput Khas.
Tahun Pengalaman
Pekerja Terlatih
Pelanggan
Jenis Masakan
Pakej Pilihan